Job Description
PELUANG LATIHAN INDUSTRI (INTERNSHIP)
Di SBZ Prima Sdn Bhd (TudungSiComel), kami percaya bahawa latihan industri bukan sekadar memenuhi syarat universiti. Ia adalah jambatan pertama anda ke dunia realiti. Kami mencari bakat muda yang ingin belajar bagaimana sebuah perniagaan dijalankan dengan integriti, sistem yang tersusun, dan impak sosial yang positif.
Latihan industri di SBZ Prima Sdn Bhd adalah salah satu komitmen CSR syarikat dalam menyumbang semula kepada masyarakat melalui perkongsian ilmu, kemahiran, dan pengalaman praktikal.
APA YANG KAMI TAWARKAN KEPADA ANDA?
Kami bukan sekadar memberi tugasan, kami mahu mendidik anda tentang ekosistem kerja yang sebenar:
- Mentorship & Bimbingan: Anda tidak akan dibiarkan sendirian. Kami akan bimbing anda memahami mengapa dan bagaimana sesuatu keputusan perniagaan dibuat.
- Budaya Kerja yang Sihat: Kami mengamalkan gaya kerja yang tenang, sistematik, dan menghormati keseimbangan hidup.
Apply for this Job
Submit your application for the Internship Trainning position at SBZ PRIMA SDN BHD.
Apply Now Save for Later